(DU061(B))

Financial Assistance

  • Hadiah Pendidikan Koperasi UKKM

    Hadiah Pendidikan Koperasi UKKM merupakan satu tawaran sebagai menghargai pelajar-pelajar yang memilih UKKM sebagai destinasi pengajian tinggi mereka. Melalaui Hadiah Pendidikan Koperasi ini, pelajar akan diberikan potongan sebanyak 50% untuk yuran pengajian sepanjang tempoh pengajian mereka. Surat Tawaran Hadiah Pendidikan Koperasi ini hanya akan diberikan kepada mereka yang telah membuat permohonan masuk bagi mana-mana program pengajian UKKM.

  • SKM KWAPd

    Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) menawarkan kemudahan Biasiswa KWAPd Tahun 2023 kepada pegawai dan kakitangan SKM, pelajar-pelajar IPT dan anggota Koperasi di seluruh Malaysia bagi pengajian peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan PhD secara sepenuh masa di Institut Pengajian Tinggi (IPT).

    KLIK UNTUK LEBIH LANJUT
  • Yayasan Bank Rakyat

    Yayasan Bank Rakyat (YBR) menawarakan Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU). Ia ditawarkan kepada peringkat pengajian tinggi daripada Sijil Kemahiran, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Profesional, Ijazah Sarjana dan Kedoktoran (PH.D) kepada warganegara Malaysia yang layak. Matlamatnya adalah untuk membantu pembangunan sosial dan ekonomi rakyat Malaysia dengan memberi bantuan kewangan kepada pelajar yang cemerlang untuk melanjutkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam ATAU Swasta dan Institut Latihan di negara ini secara sepenuh masa.

    KLIK UNTUK LEBIH LANJUT
  • Yayasan Angkasa

    Yayasan ANGKASA menawarkan bantuan pendidikan melalui penubuhan Tabung Pinjaman Pendidikan ANGKASA (TAPAK). Yayasan ANGKASA berperanan menyediakan kemudahan Pembiayaan Boleh Ubah kepada biasiswa kepada anggota koperasi, anak anggota koperasi bagi melanjutkan pengajian sepenuh masa di peringkat Ijazah Sarjana Muda serta Pembiayaan di peringkat Ijazah Sarjana Muda (PJJ), Ijazah Sarjana (Master) & Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di Institusi Pengajian Tinggi Awam @ Swasta dalam Negara. Pembiayaan yang disediakan oleh Yayasan ANGKASA ialah pembiayaan tanpa faedah.

    KLIK UNTUK LEBIH LANJUT
Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (DU061(B))
103 Jalan Templer,
46700 Petaling Jaya, Selangor


Phone : 603.7964.9000
Fax : 603.7957.0434
Email : [email protected]
Stay Connected